Malay Language Unit
Malay Language Unit
Unit Bahasa Melayu Sekolah Menengah Northbrooks menekankan suasana pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dan seronok. Dengan cara ini, diharapkan dapat menghasilkan para pelajar yang matang dan mempunyai penguasaan bahasa Melayu yang baik. Jabatan kami percaya dalam mendidik dan mengembangkan kemahiran pelajar dalam bahasa Melayu dengan menyediakan.
Suasana yang holistik dan mencabar. Bahan-bahan pengajaran yang digunakan termasuk buku teks, buku kerja, jurnal, keratan akhbar,latihan berdasarkan format peperiksaan terkini dan sebagainya.
Selain itu, jabatan Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Northbrooks juga ingin membantu meningkatkan rasa apresiasi pelajar terhadap budaya Melayu melalui aktiviti-aktiviti yang dapat meransang dan mengembangkan minat dan pemahaman pelajar terhadap budaya dan nilai tradisi Melayu. Ini dapat dilakukan melalui projek-projek IT.
Diharapkan dengan cara ini, kami dapat menghasilkan para pelajar yang mempunyai rasa cinta yang tinggi terhadap bahasa Melayu dan juga mempunyai keinginan yang mendalam untuk melestarikan dan memperjuangkan bahasa ibunda mereka melalui sumbangan mereka terhadap arena bahasa Melayu.
Program Dwimingguan Bahasa Ibunda
Sempena Program Dwi Minggu Bahasa Ibunda, Unit Bahasa Melayu telah mengadakan pelbagai aktiviti yang meluaskan pengetahuan murid tentang adat, budaya dan Bahasa Melayu. Antara aktivit-aktiviti yang dijalankan di Sekolah Menengah Northbrooks adalah Reel Penyiaran Program Kewartawanan (Melayu), yang dijalankan oleh Encik Sujimy Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Screenbox Pte Ltd. Aktiviti ini diadakan khas buat pelajar menengah 2 Ekspres.
Para pelajar didedahkan kepada kepengacaraan dan kewartawanan, serta keperluan untuk menyesuaikan diri dengan disiplin apabila bekerja di bawah tekanan dan mematuhi tarikh akhir yang ketat. Program ini berakhir dengan lawatan ke studio Screenbox Pte Ltd. Para pelajar diberi peluang untuk mengedit video mentah dan menghasilkan sebuah video yang berlangsung selama 1 minit.
Video ini disiarkan di seluruh sekolah. Para pelajar amat teruja dengan aktiviti ini kerana ini adalah pertama kali pelajar didedahkan kepada penghasilan video secara autentik.